<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener("load", function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <iframe src="http://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID=3652739213826391669&amp;blogName=Bertandang+%40+SMK+Abaka&amp;publishMode=PUBLISH_MODE_BLOGSPOT&amp;navbarType=BLUE&amp;layoutType=CLASSIC&amp;searchRoot=http%3A%2F%2Fsmkabaka.blogspot.com%2Fsearch&amp;blogLocale=en&amp;homepageUrl=http%3A%2F%2Fsmkabaka.blogspot.com%2F" marginwidth="0" marginheight="0" scrolling="no" frameborder="0" height="30px" width="100%" id="navbar-iframe" allowtransparency="true" title="Blogger Navigation and Search"></iframe> <div></div>
Wednesday, November 25, 2009

Aktiviti Cuti Sekolah: Melukis Mural

Terima kasih & tahniah diucapkan buat guru-guru serta para pelajar yang telah bertungkus-lumus menyiapkan mural-mural ini. Laluan tempat letak kereta berbumbung guru-guru hingga ke kawasan pentadbiran kini dikelilingi ikan-ikan pelbagai jenis. Malah dinding di sebalik Bilik UPP turut sama dimeriahkan lagi dengan logo 1Malaysia.

Labels:

Sunday, November 22, 2009

Good Luck & Happy Holidays

Kami mewakili semua warga SMK Abaka ingin mengucapkan...

Good Luck MySpace Comments and Graphics
MySpace Comments - MySpace Layouts - Photobucket



... buat semua calon SPM & STPM yang sedang menghadapi peperiksaan masing-masing. Selain itu, kami juga ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA serta MERRY CHRISTMAS tidak lama lagi dan SELAMAT BERCUTI untuk semua! Terima kasih atas sokongan yang diberi pada blog ni. Kita jumpa lagi tahun depan yek! Insya-Allah ;-)

Labels:

Thursday, November 5, 2009

3 Aktiviti @ 3 November

3 Nov 2009 - Pada hari bersejarah ini, terdapat 3 aktiviti besar yang telah dijalankan. Aktiviti-aktiviti tersebut adalah seperti berikut:

LAWATAN PELAJAR SK ABAKA

Seperti tahun sebelumnya, aktiviti anjuran Sekolah Kebangsaan Abaka ini melibatkan pelajar-pelajar Darjah 6 (UPSR) serta 2 guru pengiring. Pelajar-pelajar telah diberikan pendedahan terhadap kehidupan di alam persekolahan (sekolah menengah) serta lawatan sekitar kawasan sekolah, yang diiringi oleh Penolong Kanan HEM SMK Abaka, Puan Nurdia Pasadie. Pelajar-pelajar yang rata-rata ditanya menyatakan kesenangan serta keseronokan mereka dengan aktiviti lawatan tersebut.

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH

Bertempat di surau sekolah, aktiviti ini merupakan salah satu aktiviti yang diatur oleh guru-guru Tingkatan 3 bagi mengisi masa terluang calon-calon PMR sebelum cuti akhir tahun bermula. Kursus ini dijalankan oleh penceramah dari SM St Ursula, Tawau iaitu Ustaz Nazri yang menunjukkan cara-cara pengurusan jenazah yang sepatutnya kepada semua calon-calon PMR.

PROGRAM MOTIVASI PERDANA 2

Program anjuran Unit Bimbingan & Kaunseling (UBK) SMK Abaka ini merupakan program kedua seumpamanya. Pihak ANC Training Centre, Kuala Lumpur sekali lagi dijemput bagi memberikan ceramah yang bertajuk Persediaan Psikologi Untuk Menghadapi SPM & STPM. Para calon SPM & STPM yang terlibat adalah terdiri daripada calon yang telah membayar yuran penyertaan serta mereka yang berminat. Calon-calon SPM ternyata seronok serta mendapat manfaat dengan ceramah yang telah dihadiri mereka.

Labels:

Monday, November 2, 2009

Access Digital Story Telling

29 Oktober 2009 - Meskipun sebuah pertandingan yang baru sahaja dianjurkan, Pertandingan Access Digital Story Telling ini telah berjaya mempamerkan bakat para pelajar di dalam teknologi multimedia. Biarpun baru sahaja menyertai pertandingan ini, para peserta dari SMK Abaka telah berjaya mendapat johan di dalam pertandingan tersebut, dan akan mewakili daerah Tawau ke peringkat negeri. Hasil usaha mereka akn turut dipamerkan di Festival Filem. Peserta pertandingan tersebut terdiri daripada pelajar tingkatan 3 hingga 4 iaitu Ho Chee Ming, Ibadur Rahman Yusuf dan Mohd. Musa serta diiringi oleh Cikgu Nor Kartini & Cikgu Samsuddin Ijum. Tahniah diucapkan buat peserta yang telah berjaya mengharumkan nama sekolah!

** Link Youtube bagi hasil kerja para peserta tersebut akan dipaparkan dalam jangkamasa terdekat ini. Tunggu....

Labels:

Thursday, October 15, 2009

Peperiksaan Percubaan & Excel

Kepada semua pelajar yang sedang dan akan menghadapi peperiksaan percubaan (bagi pelajar SPM & STPM) serta Excel, kami ingin mengucapkan...

Glitter Graphics

Good Luck Glitter Graphics

Sambutan Hari Raya Aidilfitri (Part 3)

14 Oktober 2009 - Kali ini memfokuskan kepada pelajar menengah rendah, sambutan bagi Rumah Terbuka Aidilfitri bagi kali ketiga ini berjalan dengan lancar dan baik. Pelajar-pelajar dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu bahagian tempat letak kereta guru untuk pelajar tingkatan 1, bahagian kantin untuk pelajar tingkatan 2 serta bahagian dataran ilmu untuk pelajar tingkatan 3. Pelbagai juadah telah disediakan bukan sahaja untuk guru-guru serta kakitangan SMK Abaka malah untuk para pelajar juga. Malah, pelajar-pelajar tingkatan 3 telah mengadakan majlis ala banquet (jamuan besar) untuk semua tetamu yang hadir. Syabas diucapkan kepada semua yang telah menjayakan majlis Rumah Terbuka sepanjang beberapa minggu ini.


Labels:

Thursday, October 8, 2009

Penilaian Menengah Rendah (PMR)

Kepada semua calon-calon PMR SMK Abaka, kami mewakili warga sekolah ingin mengucapkan...

myspace comments
MySpace Good Luck Comments

Labels: